c

Kelas Soft Skill - Temuduga

16 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Februari 2020, Pusat Internet Kg Pandan telah mengadakan kelas “soft skills” untuk temuduga. Kelas ini merupakan kelas persendirian bersama pelajar IPTA yang ingin mempelajari skill temuduga dan cara-cara menjawab dengan baik. Untuk kelas ini, pelajar tersebut diberikan beberapa contoh soalan yang diajukan semasa temuduga dan pelajar diberikan tunjuk ajar dalam merangka dan menjawab soalan-soalan tersebut dengan cara yang terbaik. Kelas ini berlangsung selama 1 jam dari jam 2.30 petang hingga 3.30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali